Sabtu, 24 Julai 2021

SELAMAT DATANG

 Selamat datang ke laman pembelajaran Kata Nama Khas👋.  Laman pembelajaran ini akan membantu anda semua untuk mengenali kata nama khas dengan lebih terperinci. Anda semua akan belajar memahami apa itu kata nama khas, membezakan kata nama khas dan kata nama am dan mengenali kumpulan kata nama khas. Bukan itu sahaja, anda semua dapat belajar dengan seronok kerana laman ini lengkap dengan video, gambar, audio dan animasi menarik untuk memudahkan anda semua memahami kata nama khas. Di akhir pembelajaran ini, anda boleh menilai tahap kefahaman anda tentang kata nama khas dengan menjawab soalan UJI MINDA 

OBJEKTIF PEMBELAJARAN

Di akhir pembelajaran: 
  • Murid dapat membezakan kata nama am dan kata nama khas
  • Murid dapat menggunakan kata nama khas mengikut konteks
  • Murid dapat menjawab 7 soalan yang betul daripada 10 soalan

Khamis, 22 Julai 2021

APA ITU KATA NAMA KHAS?

 


Berdasarkan video tersebut terdapat beberapa kata nama khas yang disebutkan oleh Aina. Sebagai contoh:

  • Aina Nadira
  • Hutan Melintang
  • Perak
  • Puan Maisarah
  • Encik Abd Malid
  • Si Comel
  • Whiskers
Berdasarkan contoh-contoh ini, apakah yang anda faham tentang kata nama khas?
Kongsikan bersama guru anda.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, mari ikuti laman pembelajaran ini. 

👉MARI MENYANYI
👉UJI MINDA